BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa..



Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Segala puji bagi-Nya kerana memberi kita semua peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Segala puji bagi-Nya kerana memberi kita peluang sehari lagi untuk melakukan kebaikan dan bertaubat akan dosa-dosa kita.

Seperti yang ramai ketahui, semalam adalah hari bapa. Walaupun jauh di mata namun I'Allah dekat di hati.

AYAH......

Subhanallah, apabila usia sudah meningkat, baru ana sedari betapa beratnya tanggungjawab seorang AYAH ini. Ketika dahulu, ana sering kali memandang rendah dan melawan kata-kata seorang AYAH, kini ana sedar akan besarnya pengorbanan yang dicurahkan oleh nya.

Wahai pemuda-pemudi, marilah kita sama-sama membalas jasa ibu dan ayah yang tak terhingga. Mereka yang sentiasa mendoakan kita tanpa jemu, yang turut menangis bila kita kesedihan dan mereka yang tidak mengharap apa-apa balasan bila kita kegembiraan.

Wahai pemuda-pemudi, selagi ibu dan ayah masih bernafas di muka bumi ini, marilah sama-sama bertekad untuk membahagiakan mereka. Nyawa ini hanya pinjaman Allah s.w.t . Janganlah sampai kita menyesali kelakuan kita yang kurang ambil berat tentang mereka.
Fikirkanlah kembali, tindak-tanduk dan kata-kata kita kepada mereka. Jangan sampai ada yang mengguriskan hati mereka.

Ingatlah bahawa suatu hari nanti dengan izin Allah , kita juga akan menjadi ibu dan bapa. Bagaimana kita melayan ibu dan bapa kita, begitulah Allah akan menjadikan anak kita.

Ingatlah bahawa Allah memerintahkan kita untuk sentiasa berkelakuan baik dengan kedua ibu bapa kita. Untuk mengharap redha Ilahi, kita juga harus mengharapkan redha kedua ibu-bapa kita. Tidak ada kerugian bagi mereka yang berbaik dengan kedua ibu bapa, di dunia mahupun di akhirat.

Marilah kita semua mengambil iktibar dan berjanji untuk memperbaiki diri dan untuk memperbaiki kelakuan kita dengan kedua ibu bapa. Kenangkanlah setiap pengorbanan, titisan air mata , titik peluh mereka membesarkan kita. Semoga Allah menjadikan kita ibu dan bapa yang dapat meneruskan perjuangan Islam.. I'Allah.. Amiin

Wallahu 'Alam..

0 comments: