بسم الله الرحمن الرحيم
Cinta itu Fitrah!
Allah dengan begitu pengasih lagi penyayang telah menganugerahkan kita
satu perasaan bernama Cinta. Isu yang paling diminati oleh semua peringkat umur
terutama sekali mereka diperingkat remaja.
Namun seperti yang diperkatakan berkali2 ( sampai dah hilang buih di mulut ), jagalah cinta itu supaya ia tidak mendatangkan murka Allah. Jadikanlah cinta itu sebagai satu pembakar semangat untuk kita lebih mendekati Pencipta kita.
Alhamdulillah, semalam ana sempat membeli sebuah buku, yang ana rasa sangat baik jalan cerita dan penyampaiannya.
Alhamdulillah, novel ini sungguh pandai bermain dengan emosi. Ana berasa sungguh geram dengan Ustaz Khairul yang tidak tahu menjaga batas pergaulan. Ana teruja dengan cinta Ustaz Safwan dan Ustazah Manal Husna yang mencuba menjaga kesucian perhubungan mereka. Ana terpaut dengan keperibadian Ustaz Firdaus. Terutama sekali, ana bangga dengan ketabahan Ustazah Manal Husna yang begitu tabah menghadapi setiap dugaan. Mashallah. Subhanallah.
Ana ucapkan syabas kepada pengarang kerana plot dan penyampaian yang sungguh baik.
Jagalah cinta kita, agar ia kekal suci dari noda.
Semoga ia membawa kerahmatan, keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Jagalah diri, semoga jodoh kita menjaga dirinya juga walau dimana dia berada.
Dan semoga Allah mempermudahkan urusan jodoh kita dan bantu kita menjaga diri
drpd maksiat. I'Allah Amiin..
Keinginan untuk mendapat jodoh dan zuriat yang soleh dan solehah, bermula dari sekarang.
Dari saat kita sedar bahawa kita boleh dinikahi dan boleh menikah.
Jagalah tanggungjawab sebagai hamba Allah, smg Allah membantu segala urusan
dan menjaga keturunan kita dari perbuatan maksiat.
Friday, June 11, 2010
Cinta Itu Fitrah
Posted by Nur Khalilah at 5:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment