بسم الله الرحمن الرحيم
Salam ke muslimin wa muslimat.
Kalau antum ada baca post ana yang sebelum ini, ana ada mengatakan betapa ana kagum dengan beberapa bloggers yang menyampaikan mesej Islam melalui blog mereka dan Alhamdulillah, ana lihat mereka dapat mempertontonkan Islam dengan sebaik2nya.
Namun sedih sekali ana melihat beberapa bloggers Islamik yang kurang ambil perihatin tentang imej dan mesej yang cuba mereka sampaikan.
Ya, ana setuju bahawa adalah tugas kita sesama Muslim untuk mengamalkan amar ma'ruf nahi munkar, namun adalah tidak bertetapan jika kita dengan bangganya membuka aib seseorang itu.
Janganlah memalukan seseorang itu sesuka hati antum walaupun niat antum itu baik
Ana berkata2 dari pengalaman ana sendiri. Biarlah berhemah dalam dakwah dan menegur.
Jika kita mengikut nafsu amarah & 'perasan baik' untuk menunjukkan kelemahan dan kesalahan org lain. Adakah kita kelihatan berakhlak baik?
Jangan sampai ada yang mengatakan ' Inikah Islam yang baik dan bersopan? '.
Selagi kita tidak perlu memerangi mereka, cubalah bersopan dan berbudi bila menegur.
Sedangkan Rasulullah s.a.w begitu terkenal dengan lemah lembutnya dan kesempurnaan akhlaknya.
Ana juga ingin berpesan kepada mereka2 yang begitu kuat berpolitik.
Antum menghina dan menunding jari kepada mereka. Cubalah bersabar. Ana rasa agak tidak selesa melihat cacian dan makian di blog mereka2 yg penuh dgn ayat Al-Quran dan Hadis.
Cubalah cara lain. Kalau ketua kita salah, kita betulkan. Ajak dan didik masyarakat untuk hidup dalam cara Islam. Tunjukkanlah kecantikan dan kesempurnaan Islam agar lebih ramai yg akan hidup dalam cara Islam. Semuanya bermula dari diri kita. Adakah pahala kita bertambah dengan mencaci & memaki hamun mereka? Adakah kita dapat menegakkan Islam dengan merendah-rendahkan mereka?
Lakukanlah setiap perkara dengan memikirkan baik & buruknya. Janganlah kita terburu2 menilai seseorang. Janganlah juga begitu mudah menjatuhkan hukuman salah terhadap seseorang.
Cubalah renung kembali apa maksud mengumpat itu?
Ana rasa kebanyakan antum adalah pelajar agama, sepatutnya antum semualah yang lebih mengetahui.
Ana harap entry ini adalah pesanan buat ana juga agar sentiasa berfikir sebelum bertindak.
Semoga Allah melindungi diri kita sema dr segala kejahatan & semoga kita diberi kekuatan untuk sentiasa memperbaiki iman dan akhlak kita.
Wallahu 'Alam, Wassalam
Monday, June 14, 2010
Dakwah Berhemah!
Posted by Nur Khalilah at 11:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment