BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 22, 2010

CINTA!?!?!?



Bismillahirahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

CINTA!?!?

Kenapa nak tulis mengenai cinta? Entahlah..

Mungkin kerana suka.. Atau mungkin diri ini ingin merasai cinta.

Ana terbaca sebuah blog yang mempersoalkan tentang ketaksuban remaja-remaja dan pemuda-pemudi sekarang yang sangat gemar berbual mengenai cinta.

Entah mengapa diri ini, agak terasa jugak lar.. Hehe..

Ana rasa, sebenarnya kita perlu bedah siasat topik ini.

Mengapakah remaja begitu suka berbual mengenai cinta.

Secara kebetulan, Kolej ana mengadakan sebuah ceramah bertajuk

" Ustaz, bolehkah kami bercouple?? "

Fuhh.. Ana rasa sebelum ini, belum pernah lagi Pusat Konvensyen kolej ana penuh begini tanpa diwajibkan mahasiswa/i untuk menghadirinya.

Mengapakah topik cinta begitu dekat dengan hati remaja?

Dan adakah ia salah?

Ana setuju dengan komen blogger tersebut apabila dia mempersoalkan ketaksuban ini, tetapi ana rasa janganlah sampai memperlekehkan. Agak kurang sesuai.

Kalau dengan cinta terhadap manusia, boleh mendekatkan diri kepada Allah, adakah ia salah?

Ana tak maksudkan 'bercouple' kerana sesungguhnya ana pun tidak setuju dengan bercouple.

Lebih banyak buruk dari baiknya.

Tetapi, jikalau perasaan cinta terhadap manusia, seperti mengkagumi sifat-sifat dia, akhlaknya dan ibadahnya dapat membuat kita muhasabah diri ke arah kebaikan, ana rasa kita boleh gunakan cara ini.

Setiap orang mempunyai priority yang berbeza. Apa yang penting buat kita mungkin tidak begitu penting buat orang lain. Janganlah anggap perkara yang penting buat orang lain, remeh hanya kerana kita tidak melihat kepentingan itu.

Bukan kah cinta itu penggerak manusia?

Kerana cintakan Allah, kita melakukan suruhannya.

Kerana cintakan Rasulullah, kita mengikuti sunnahnya.

Kerana sayangkan keluarga kita saling nasihat-menasihati.

Kerana sayangkan sahabat kita saling membantu.

Kerana sayangkan suami/isteri kita saling membimbing.

Bagi ana, cubalah kita salurkan cinta itu ke arah yang lebih baik..

Tak salah untuk bercinta, tetapi kawal lah ia supaya tidak mendatangkan murka Allah.

Kalau antum rasa, begitu ingin merasai cinta lelaki/perempuan, bernikahlah.

Daripada antum melakukan kemaksiatan atau penzinaan lebih baik mengambil jalan selamat.

Tetapi ana ingin menesyorkan jalan yang lebih baik.

Berkahwin bukan mudah!

Banyak tanggungjawab yang besar lagi berat untuk antum pikul. Ia bukan sahaja setakat bermadu kasih.
Ia perlukan, persefahaman, toleransi, saling hormat - menghormati, bantu -membantu dan lain - lain lagi.

Jadi bagi sesiapa yang sendang merasai cinta, ketahuilah, perasaan itu fitrah, tetapi tindakan antum terhadap perasaan itu adalah tanggungjawab antum.

Antum ingin memilih jalan menuju redha Ilahi atau pun menuju murkanya.

Akhir kata, jangan terlalu taksub dengan cinta MANUSIA, cintailah PENCIPTA mu lebih daripada kamu mencinta MANUSIA itu. Sesungguhnya cinta PENCIPTA tiada penghujungnya.

Semoga salah silap ana, diampunkan Allah dan dimaafi mereka-mereka yang ana sakiti.
Ana hanya manusia yang penuh dengan kekhilafan dan kekurangan.
Menggunakan ruangan ini, untuk berkongsi pandangan.

Wallhu 'Alam.

0 comments: