BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 27, 2010

CONFUSED!!

Bismillah...

Ya Allah, kau ampunilah kelalaian ku dan kealpaan ku..
Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.
Semoga nyawa yang Engkau pinjamkan kepada aku ini, tidak aku sia-siakan begitu saja......

Wallahu 'Alam.

Tuesday, June 22, 2010

CINTA!?!?!?



Bismillahirahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

CINTA!?!?

Kenapa nak tulis mengenai cinta? Entahlah..

Mungkin kerana suka.. Atau mungkin diri ini ingin merasai cinta.

Ana terbaca sebuah blog yang mempersoalkan tentang ketaksuban remaja-remaja dan pemuda-pemudi sekarang yang sangat gemar berbual mengenai cinta.

Entah mengapa diri ini, agak terasa jugak lar.. Hehe..

Ana rasa, sebenarnya kita perlu bedah siasat topik ini.

Mengapakah remaja begitu suka berbual mengenai cinta.

Secara kebetulan, Kolej ana mengadakan sebuah ceramah bertajuk

" Ustaz, bolehkah kami bercouple?? "

Fuhh.. Ana rasa sebelum ini, belum pernah lagi Pusat Konvensyen kolej ana penuh begini tanpa diwajibkan mahasiswa/i untuk menghadirinya.

Mengapakah topik cinta begitu dekat dengan hati remaja?

Dan adakah ia salah?

Ana setuju dengan komen blogger tersebut apabila dia mempersoalkan ketaksuban ini, tetapi ana rasa janganlah sampai memperlekehkan. Agak kurang sesuai.

Kalau dengan cinta terhadap manusia, boleh mendekatkan diri kepada Allah, adakah ia salah?

Ana tak maksudkan 'bercouple' kerana sesungguhnya ana pun tidak setuju dengan bercouple.

Lebih banyak buruk dari baiknya.

Tetapi, jikalau perasaan cinta terhadap manusia, seperti mengkagumi sifat-sifat dia, akhlaknya dan ibadahnya dapat membuat kita muhasabah diri ke arah kebaikan, ana rasa kita boleh gunakan cara ini.

Setiap orang mempunyai priority yang berbeza. Apa yang penting buat kita mungkin tidak begitu penting buat orang lain. Janganlah anggap perkara yang penting buat orang lain, remeh hanya kerana kita tidak melihat kepentingan itu.

Bukan kah cinta itu penggerak manusia?

Kerana cintakan Allah, kita melakukan suruhannya.

Kerana cintakan Rasulullah, kita mengikuti sunnahnya.

Kerana sayangkan keluarga kita saling nasihat-menasihati.

Kerana sayangkan sahabat kita saling membantu.

Kerana sayangkan suami/isteri kita saling membimbing.

Bagi ana, cubalah kita salurkan cinta itu ke arah yang lebih baik..

Tak salah untuk bercinta, tetapi kawal lah ia supaya tidak mendatangkan murka Allah.

Kalau antum rasa, begitu ingin merasai cinta lelaki/perempuan, bernikahlah.

Daripada antum melakukan kemaksiatan atau penzinaan lebih baik mengambil jalan selamat.

Tetapi ana ingin menesyorkan jalan yang lebih baik.

Berkahwin bukan mudah!

Banyak tanggungjawab yang besar lagi berat untuk antum pikul. Ia bukan sahaja setakat bermadu kasih.
Ia perlukan, persefahaman, toleransi, saling hormat - menghormati, bantu -membantu dan lain - lain lagi.

Jadi bagi sesiapa yang sendang merasai cinta, ketahuilah, perasaan itu fitrah, tetapi tindakan antum terhadap perasaan itu adalah tanggungjawab antum.

Antum ingin memilih jalan menuju redha Ilahi atau pun menuju murkanya.

Akhir kata, jangan terlalu taksub dengan cinta MANUSIA, cintailah PENCIPTA mu lebih daripada kamu mencinta MANUSIA itu. Sesungguhnya cinta PENCIPTA tiada penghujungnya.

Semoga salah silap ana, diampunkan Allah dan dimaafi mereka-mereka yang ana sakiti.
Ana hanya manusia yang penuh dengan kekhilafan dan kekurangan.
Menggunakan ruangan ini, untuk berkongsi pandangan.

Wallhu 'Alam.

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa..



Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Segala puji bagi-Nya kerana memberi kita semua peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Segala puji bagi-Nya kerana memberi kita peluang sehari lagi untuk melakukan kebaikan dan bertaubat akan dosa-dosa kita.

Seperti yang ramai ketahui, semalam adalah hari bapa. Walaupun jauh di mata namun I'Allah dekat di hati.

AYAH......

Subhanallah, apabila usia sudah meningkat, baru ana sedari betapa beratnya tanggungjawab seorang AYAH ini. Ketika dahulu, ana sering kali memandang rendah dan melawan kata-kata seorang AYAH, kini ana sedar akan besarnya pengorbanan yang dicurahkan oleh nya.

Wahai pemuda-pemudi, marilah kita sama-sama membalas jasa ibu dan ayah yang tak terhingga. Mereka yang sentiasa mendoakan kita tanpa jemu, yang turut menangis bila kita kesedihan dan mereka yang tidak mengharap apa-apa balasan bila kita kegembiraan.

Wahai pemuda-pemudi, selagi ibu dan ayah masih bernafas di muka bumi ini, marilah sama-sama bertekad untuk membahagiakan mereka. Nyawa ini hanya pinjaman Allah s.w.t . Janganlah sampai kita menyesali kelakuan kita yang kurang ambil berat tentang mereka.
Fikirkanlah kembali, tindak-tanduk dan kata-kata kita kepada mereka. Jangan sampai ada yang mengguriskan hati mereka.

Ingatlah bahawa suatu hari nanti dengan izin Allah , kita juga akan menjadi ibu dan bapa. Bagaimana kita melayan ibu dan bapa kita, begitulah Allah akan menjadikan anak kita.

Ingatlah bahawa Allah memerintahkan kita untuk sentiasa berkelakuan baik dengan kedua ibu bapa kita. Untuk mengharap redha Ilahi, kita juga harus mengharapkan redha kedua ibu-bapa kita. Tidak ada kerugian bagi mereka yang berbaik dengan kedua ibu bapa, di dunia mahupun di akhirat.

Marilah kita semua mengambil iktibar dan berjanji untuk memperbaiki diri dan untuk memperbaiki kelakuan kita dengan kedua ibu bapa. Kenangkanlah setiap pengorbanan, titisan air mata , titik peluh mereka membesarkan kita. Semoga Allah menjadikan kita ibu dan bapa yang dapat meneruskan perjuangan Islam.. I'Allah.. Amiin

Wallahu 'Alam..

Monday, June 14, 2010

Dakwah Berhemah!


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ke muslimin wa muslimat.

Kalau antum ada baca post ana yang sebelum ini, ana ada mengatakan betapa ana kagum dengan beberapa bloggers yang menyampaikan mesej Islam melalui blog mereka dan Alhamdulillah, ana lihat mereka dapat mempertontonkan Islam dengan sebaik2nya.

Namun sedih sekali ana melihat beberapa bloggers Islamik yang kurang ambil perihatin tentang imej dan mesej yang cuba mereka sampaikan.

Ya, ana setuju bahawa adalah tugas kita sesama Muslim untuk mengamalkan amar ma'ruf nahi munkar, namun adalah tidak bertetapan jika kita dengan bangganya membuka aib seseorang itu.

Janganlah memalukan seseorang itu sesuka hati antum walaupun niat antum itu baik
Ana berkata2 dari pengalaman ana sendiri. Biarlah berhemah dalam dakwah dan menegur.
Jika kita mengikut nafsu amarah & 'perasan baik' untuk menunjukkan kelemahan dan kesalahan org lain. Adakah kita kelihatan berakhlak baik?

Jangan sampai ada yang mengatakan ' Inikah Islam yang baik dan bersopan? '.
Selagi kita tidak perlu memerangi mereka, cubalah bersopan dan berbudi bila menegur.
Sedangkan Rasulullah s.a.w begitu terkenal dengan lemah lembutnya dan kesempurnaan akhlaknya.

Ana juga ingin berpesan kepada mereka2 yang begitu kuat berpolitik.
Antum menghina dan menunding jari kepada mereka. Cubalah bersabar. Ana rasa agak tidak selesa melihat cacian dan makian di blog mereka2 yg penuh dgn ayat Al-Quran dan Hadis.
Cubalah cara lain. Kalau ketua kita salah, kita betulkan. Ajak dan didik masyarakat untuk hidup dalam cara Islam. Tunjukkanlah kecantikan dan kesempurnaan Islam agar lebih ramai yg akan hidup dalam cara Islam. Semuanya bermula dari diri kita. Adakah pahala kita bertambah dengan mencaci & memaki hamun mereka? Adakah kita dapat menegakkan Islam dengan merendah-rendahkan mereka?

Lakukanlah setiap perkara dengan memikirkan baik & buruknya. Janganlah kita terburu2 menilai seseorang. Janganlah juga begitu mudah menjatuhkan hukuman salah terhadap seseorang.
Cubalah renung kembali apa maksud mengumpat itu?
Ana rasa kebanyakan antum adalah pelajar agama, sepatutnya antum semualah yang lebih mengetahui.

Ana harap entry ini adalah pesanan buat ana juga agar sentiasa berfikir sebelum bertindak.
Semoga Allah melindungi diri kita sema dr segala kejahatan & semoga kita diberi kekuatan untuk sentiasa memperbaiki iman dan akhlak kita.

Wallahu 'Alam, Wassalam

KAGUM!



Bismillahirrahmanirrahim..

Salam kepada semua muslimin dan juga muslimat di seluruh dunia.

Entry ana kali ini mengenai kagum..
MashAllah.. SubhanAllah..
Baru-baru ini ana dgn amat rajinnya telah melakukan blog hopping..
Apakah itu blog hopping? Bagi yang sudah tahu, Alhamdulillah.
Bagi yang belum tahu, blog hopping adalah aktiviti di mana, kita
membaca dr satu blog ke blog2 yg lain melalui blog yg br kita baca..
Faham x? X faham eh? Bismillah.. Ana terangkan dengan contoh yer

Contoh:

Ana sdg membaca blog A, & kemudian ana ternampak dr senarai kwn2 blog A yg
seperti menarik blog dier, so ana pun masuk lah blog B..
pas tu kat blog B ni ana nampak antara blog temannya ada yg menarik
so ana masuklah plak blog C..
Ada fahammm?? Alhamdulillah

So berbalik ke topik yg asal.. SubhanAllah..
Dlm melalui beberapa blog ni, ana byk muhasabah diri.
Melihat cara dakwah dan ukhwah dikalangan mereka2 yg telah ana singgah blognya.
Ana rasa kagum dgn kehidupan mereka.
Ya, ana setuju bahawa setiap manusia ada keburukan & kelemahannya..
Tp x salahkan kalau kita mengambil pengajaran dari kebaikannya.
Timbul hasrat dalam hati ana, untuk memperbaiki diri sendiri.
Ana juga rasa betapa pentingnya kita harus berdakwah dalam setiap amalan kita.
Berdakwah bukan sahaja kepada orang lain, ttp & terutama sekali PADA DIRI KITA.
Ana berdoa semoga Allah s.w.t akan sentiasa melindungi ana dari perbuatan maksiat &
perbuatan munkar.
& semoga kita semua akan sentiasa diberi taufiq wa hidayah..
Sampai sini sahaja coretan hari ini.

Wallhu 'Alam, Wassalam

Friday, June 11, 2010

Cinta Itu Fitrah



بسم الله الرحمن الرحيم

Cinta itu Fitrah!

Allah dengan begitu pengasih lagi penyayang telah menganugerahkan kita
satu perasaan bernama Cinta. Isu yang paling diminati oleh semua peringkat umur
terutama sekali mereka diperingkat remaja.

Namun seperti yang diperkatakan berkali2 ( sampai dah hilang buih di mulut ), jagalah cinta itu supaya ia tidak mendatangkan murka Allah. Jadikanlah cinta itu sebagai satu pembakar semangat untuk kita lebih mendekati Pencipta kita.

Alhamdulillah, semalam ana sempat membeli sebuah buku, yang ana rasa sangat baik jalan cerita dan penyampaiannya.





Alhamdulillah, novel ini sungguh pandai bermain dengan emosi. Ana berasa sungguh geram dengan Ustaz Khairul yang tidak tahu menjaga batas pergaulan. Ana teruja dengan cinta Ustaz Safwan dan Ustazah Manal Husna yang mencuba menjaga kesucian perhubungan mereka. Ana terpaut dengan keperibadian Ustaz Firdaus. Terutama sekali, ana bangga dengan ketabahan Ustazah Manal Husna yang begitu tabah menghadapi setiap dugaan. Mashallah. Subhanallah.
Ana ucapkan syabas kepada pengarang kerana plot dan penyampaian yang sungguh baik.

Jagalah cinta kita, agar ia kekal suci dari noda.
Semoga ia membawa kerahmatan, keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Jagalah diri, semoga jodoh kita menjaga dirinya juga walau dimana dia berada.
Dan semoga Allah mempermudahkan urusan jodoh kita dan bantu kita menjaga diri
drpd maksiat. I'Allah Amiin..



Keinginan untuk mendapat jodoh dan zuriat yang soleh dan solehah, bermula dari sekarang.
Dari saat kita sedar bahawa kita boleh dinikahi dan boleh menikah.
Jagalah tanggungjawab sebagai hamba Allah, smg Allah membantu segala urusan
dan menjaga keturunan kita dari perbuatan maksiat.








Wahai Pemuda Pemudi!




بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!

Wahai pemuda-pemudi, sampai bila?
Wahai pemuda-pemudi sampai bila ingin terus begini?

Ditelan arus keseronokkan zaman ini.
Terus hanyut tak berhenti.

Wahai pemuda-pemudi, sampai bila?
Wahai pemuda-pemudi sampai bila ingin terus begini?

Membiarkan diri terus terlena.
Ibarat mimpi tiada sedar.

Wahai pemuda-pemudi, sampai bila?
Wahapi pemuda-pemudi sampai bila ingin terus begini?

Melihat kezaliman terhadap umat.
Namun mulut terus tertutup rapat.

Wahai pemuda-pemudi, sampai bila?
Wahai pemuda-pemudi, sampai bila ingin terus begini?

Menjadi tomahan masyarakat.
Hidup tiada rahmat, tiada berkat.

Sedarlah pemuda-pemudi, kita pelapis masyarakat.
Kitalah harapan Islam!
Sampai bila ingin biarkan hati terus dijajah nafsu dan syaitan?
Sampai bila harus ditindas, diperlekehkan?

Marilah berusaha utk mencapai kejayaan.
Marilah bersama2 berusaha memenuhi masjid pada waktu subuh, ibarat penuhnya solat Jumaat..
Itulah tanda kekuatan ummah dan pemuda-pemudi kita.
Allah akan membantu.
I'Allah Islam akan hidup semula sebagai satu agama yang memerintah dunia.
Zaman kegemilangan Islam akan tiba.
Semoga kita dan keturunan kita, akan menjadi mereka2 yang menyumbang pada kejayaan ini, I'Allah..

*marilah sama2 mendoakan mujahid2 kita di seluruh muka bumi. Moga Allah memberikan kekuatan pada kita semua.. Amiin*





Wednesday, June 9, 2010

MASHALLAH!

بسم الله الرحمن الرحيم

MASHALLAH! Ambil lah seketika dan lihat dunia ini. Betapa cantik dan indahnya ciptaan Allah. Subhanallah! Begitu banyak yang telah Allah limpahkan kpd kita, ttp berapa byk kesyukuran yg kita tunjuk kepada Allah s.w.t?

Solat lima waktu pun kadangkala begitu susah untuk kita lakukan..


Ya Allah, aku bermohon, jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu. Jadikanlah aku hamba yg rajin beribadah kepada-Mu dan melakukan sesuatu kerana-Mu.. Ya Allah.. Aku tidak baik.. Tapi aku ingin jadi baik.. Maka bantulah aku Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah dosa ku, dan bimbinglah aku ke jalan yang diredhai oleh Mu. Amiin.

SUBHANALLAH - MAHER ZAIN FEAT. MESUT KURTIS
سبحان الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك

Maher:
As I traveled through the earth
I can't help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground
Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك

Mesut:
جل الله بكل كون الله
ألمح نور الله
وذكر ربي في دقات قلبي
يهتف بسم الله
خلق الله
صنع الله ما أبهاه
والأكوان تسبح بسم الله
جل الله في علاه
يا رباه يا رحمن
الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك

سبحان الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك

CREDITS :http://www.alltalaba.com/board/index.php?showtopic=129530