Bismillah..
Pagi tadi sempat pergi kuliah Dhuha..
Alhamdulillah sangat bermanfaat. Kelatah Ustazah Siti Rahmah yang sangat mencuit hati,
membuat kuliah Dhuha ini tidak membosankan langsung.
Hari ini kita menghabiskan kuliah tentang 'Mengurus Jenazah'.. Video yang dimainkan memaparkan cara mengafan mayat, memandikan dan cara solat jenazah.
Masyarakat kita kini kurang mementingkan ilmu mengurus jenazah sedangkan ini adalah fardhu kifayah.. Jangan lah kita lalai dengan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menerapkan ilmu2 sebegini.. Dikhuatiri nanti anak kita akan sesat jadinya..
Ustazah ada mengisahkan satu cerita tentang pentingnya untuk kita mendidik anak dgn ilmu mengurus jenazah ini..
Suatu hari Ustazah menerima panggilan tentang kematian seorang yang dikenali.. Sebagai sahabat ustazah datang untuk membantu apa yang boleh dirumah itu..
Sewaktu solat jenazah diadakan, anak lelaki arwah pun baru pulang dari polytechnicnya. Dia lantas mengambil wudhu' dan memasuki saf solat itu.
Namun yang sedihnya, ketika imam mengangkat takbir, anak ini pun lantas ruku'. Bila menyedari bahawa hanya dia seorang yg ruku' dengan sempoinya dia memukul dahi dan berkata ' Alamak, Salah dah' ...
Kwang kwang kwang....
Tapi itu bukanlah perkara yang paling menyedihkan.. Lebih teruk 'makcik2' dan 'nenek2' di dapur mula mengumpat tentang anak lelaki ini.. Ustazah ketika itu tersangat2 lah 'darah up' dengan ahli mesyuarat dapur itu..
Sebaik sahaja selesai solat jenazah Usatazah lantas menghampiri anak lelaki itu dan memberinya dorongan.. Paling kurang anak lelaki ini terdetik untuk mengikuti solat jenazah itu.. Sebaik2nya kita nasihati lah dia dan bukan hanya membesar2-besarkan kesalahannya..
Jadikanlah ini sebagai satu iktibar agar kita tidak berada di situasi ini..
Bagi mereka2 yang mempunyai masa lapang pada hari Jumaat pukul 9 pagi, silalah ke Masjid An-Nur di kawasan Marsling.. dan kuliah diadakan di dewan serba guna Masjid..
Moga sentiasa menuntut ilmu dan mempergunakannya ke jalan yang baik.. Insyallah
Thursday, July 9, 2009
Kuliah Dhuha
Posted by Nur Khalilah at 10:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment