BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 19, 2009

Hari Keluarga..

Bismillahirahmanirahim..

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w ...

Kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia selamat menyambut Isra' dan Mi'raj , marilah kita sama-sama mengambil pengajaran di atas hari yang mulia ini. Perbanyakkanlah amalan kita pada hari ini. Walaupun ana berasa sedih kerana tidak ada rezeki untuk berpuasa esok , selamat menjalani ibadah puasa sunat esok pada siapa2 yg berpuasa.


Blog kali ini mengenai keluarga ana. Lazimnya, kami semua akan berkumpul di rumah nenek ana pada hari Sabtu. Kami akan makan bersama , bersembang dan solat Maghrib berjemaah. Alhamdulillah Sabtu ini ada sempat meng'capture' beberapa adegan yg sangat melucukan oleh adik sedara ana yg tersangat-sangat lah comel. Nama Pak Mata Bulat ini Mohd Naufal. Walaupun umurnya masih muda tetapi kelatahnya sungguh mencuit hati dan dia sungguh pandai mengambil hati kami. Dia juga sudah bergaul dan ber'tengkar' dgn abangnya dan abang sedaranya.. Biasalah budak2 bila dah jumpa mainan.. Dah syiok2 mesti nk bertengkar, tapi sekejap lagi, mesti main balik macam takde paper..

Silalah menjamu mata dgn gambar yg tak seberapa ini..


Inilah bintang kita hari ini..
Insyallah akan menjadi pemuda impian agama dan bangsa
suatu hari nanti


* peace *
dia sebenarnya berkopiah dan berkain pelikat
sebab dia nampak abang dia pakai begini masa tgh solat.
Alhamdulillah dia pun nk ikut abang dia solat



Ni gambar lama. Yang tgh solat tu,
Abdul Mateen, abang sedara Mohd Naufal.
Tgk org solat, si Mohd Naufal ni pun nk ikut.



Ah, ni pulak turn dia solat.. Actually ni bukan gambar sujud dia yg penuh
Kalau ikutkan, lepas ni dia telentangkan badan dia atas sejadah tu..
Pada pandangan dia, kita sujud macam gitu






Inilah 3 jejaka yg sentiasa meriuhkan suasana di rumah nenek setiap hari Sabtu.
Dari kanan : Mohd Syafi , Abdul Mateen , Mohd Naufal.
Mohd Syafi adalah abang Mohd Naufal dan mereka berdua ni mmg sangat lasak.
Moga ketiga-tiga pemuda ini akan menjadi orang yg berguna pada agama dan bangsa
Insyallah Amin


Lagi satu aksi yg scream CUTE!!!! Masyallah.
* double peace*


bersedia utk solat.. waktu ni sebenarnya org blum solat,
tapi bila org lain semua start solat, dia pegi jalan pulak..




Keluargaku yang tercinta yg bersama2 mengharapkan redha Ilahi..
Moga Allah sentiasa satukan hati kami kerana-Nya.. Insyallah Amin

0 comments: