Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih meminjamkan ana nyawa pada petang ini untuk berkongsi sedikit pandangan dan pendapat di blog ini.
Sebelum itu ana ingin memberi salam kasih kepada sahabat-sahabat ana yang dekat mahupun yang jauh..
Pada Shaahida, ana bersyukur kita dapat berhubung semula.
Pada Sara, how are you my love? Hope that you are well and happy always. May Allah show you the path of righteousness always.
Pada Nana.... Nanaaaa, ana rindukan anti.. Maafkan ana yang jarang bertanya khabar..
Ana minta maaf sangat2.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Balik kepada topik asal, ' Apa erti saya menganut Islam?'. Walaupun buku ini lambat sampai ke genggaman ana, ana bersyukur kepada Allah kerana memberi ana kesempatan untuk membaca buku ini. Kepada antum semua, ana syorkan buku ini kepada antum semua.
Ana tak nak komen lebih-lebih, biarlah antum semua yang menilai buku ini, melalui kaca mata iman antum sendiri.
Rasa diri ini terlalu kerdil untuk memberi 'ingatan' kepada orang lain sedangkan diri ini masih penuh dengan kedaifan dan kejahilan.
Lantas biarlah blog ini menjadi wadah bagi ana berdakwah kepada diri ana, perkongsian pengalaman sebagai sesama Muslim memperbaiki diri sendiri.
Ana rasa oleh kerana ana belum mengkhatam buku ini, biarlah ana menghabiskannya sebelum ana komen dengan lebih mendalam..
Semoga Allah memberi ana taufiq dan hidayah yang berterusan kerana sesungguhnya diri ini lemah dan sangat daif. Semoga diri ini juga tidak akan penat mencari redha dan keampunan Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Wallahu A'lam
Sunday, July 25, 2010
Apa ertinya saya menganut Islam?
Posted by Nur Khalilah at 2:31 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment