BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 9, 2012

Langkah setapak menuju ketidak pastian..

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Sesungguhnya diri ini tidak baik. Diri ini hina. Diri ini masih mencuba khusyuk dalam solat. Diri ini kadangkala begitu malas untuk menyelak helaian Al-Quran. Astaughfirullahal 'Azim. Dalam keadaan ini, I sincerely pray that Allah grant me strength to stay in His path. Ya Muqallibal Qulub Tsabit Qalbi 'ala Diinik. Amiin, Amiin, Amiin, Allahumma Amiin...

This Monday, I shall for the first time in my 21 years of existence hold the status of a careered person. Mashallah. Subhanallah. Allahu Akbar. Rabbi yassiru wa laa tu'assir. Wa tammim bil khair. Ya Allah permudahkanlah, janganlah sukarkan. Dan temukan aku dengan akhir yang baik. Perkenankanlah ya Allah.

I'Allah, this month, I would be attending a friend's wedding.. (yipee). Alhamdulillah.. Allah has ease her way into marriage, may Allah grant me the same ease. I have a vision for my wedding, but whether it would come to happen, lies to Allah. I plan, You plan, We plan but nothing can beat Allah's plan. La hawla wa laa quwwata illa billa hil 'aliyil azim.

Oh Allah, I have no knowledge of what lies ahead in the future, but I put my faith in you oh Allah. Only you can grant me the best future, grant me a future where my heart is always close to you and the Prophet Muhammad s.a.w. Ameen..

Bagi sesiapa yang membaca blog ini, mohon doa antum. Sesungguhnya senjata orang mukmin adalah doa. Marilah kita sama2 berdoa untuk kebaikan muslimin dan muslimat seluruh  zaman dan seluruh tempat. Moga Allah menjadikan kita hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Wassalam.

p.s. Here's my favourite nasyid of the month.. Enjoy


Tuesday, November 6, 2012

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.
Ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi, ahli keluarganya, sahabat2nya dan para tabi' wa tabi'in.

Alhamdulillah, three years has come to pass and Alhamdulillah I have finished my diploma. However in my joy of finishing my diploma, I overlooked an important criteria of graduating. My internship. Allah... Verily, we plan , we plan and we plan but no plan will come to be without the permission of Allah. Allah.... What a lesson learnt. May Allah forgive me for my misdeeds. Andai ini lah caranya supaya ana lebih dekat dengan Allah. Ana redha. Semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan terbaik buat ana. Allah... Allah.. Allah.. Semoga ana menjadi hamba yang taat, umat yang mencintai sunnah, anak yg solehah. Amiin.. Amiin.. Amiin..

Ya akhawatifillah, pray for me. The best weapon for a Muslim is du'a, so i hope you can spare some du'a for me. May Allah bless your kind deeds. I'Allah.

Monday, November 1, 2010

SEMESTER BARU.!

21 Oct menjadi titik hari untuk membalas setiap kekesalan semalam.
Alhamdulillah, kini lembaran baru telah dibuka untuk mencoretkan diari hidup ini
dengan iman yang lebih teguh dan kejayaan yang lebih bermakna.
Sahabat-sahabat yang mendamping juga tidak kurang semangatnya.
Sentiasa berkobar-kobar meniti hari yang baru.
Lebih banyak ilmu yang harus ditimba dan lebih banyak amal yang harus dibaja.
Semoga kita akan istiqomah sentiasa.. I'Allah.. Amiin

:)

Thursday, October 28, 2010

Berkurun Lama

Setelah berkurun lama membiarkan blog ini terdampar keseorangan, kesepian dan ketandusan kata-kata, kini aku hadir kembali untuk menghiasi dindingnya dengan kata-kata tak rupa pujangga tak rupa sumpah serana. Hanya bibit-bibit kata, seorang muslimah, mengisi kekosongan masanya. Entah apa berguna, entah apa yang dikata. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Wallahu'Alam..

Sunday, July 25, 2010

Apa ertinya saya menganut Islam?

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih meminjamkan ana nyawa pada petang ini untuk berkongsi sedikit pandangan dan pendapat di blog ini.

Sebelum itu ana ingin memberi salam kasih kepada sahabat-sahabat ana yang dekat mahupun yang jauh..

Pada Shaahida, ana bersyukur kita dapat berhubung semula.

Pada Sara, how are you my love? Hope that you are well and happy always. May Allah show you the path of righteousness always.

Pada Nana.... Nanaaaa, ana rindukan anti.. Maafkan ana yang jarang bertanya khabar..
Ana minta maaf sangat2.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Balik kepada topik asal, ' Apa erti saya menganut Islam?'. Walaupun buku ini lambat sampai ke genggaman ana, ana bersyukur kepada Allah kerana memberi ana kesempatan untuk membaca buku ini. Kepada antum semua, ana syorkan buku ini kepada antum semua.

Ana tak nak komen lebih-lebih, biarlah antum semua yang menilai buku ini, melalui kaca mata iman antum sendiri.

Rasa diri ini terlalu kerdil untuk memberi 'ingatan' kepada orang lain sedangkan diri ini masih penuh dengan kedaifan dan kejahilan.

Lantas biarlah blog ini menjadi wadah bagi ana berdakwah kepada diri ana, perkongsian pengalaman sebagai sesama Muslim memperbaiki diri sendiri.

Ana rasa oleh kerana ana belum mengkhatam buku ini, biarlah ana menghabiskannya sebelum ana komen dengan lebih mendalam..

Semoga Allah memberi ana taufiq dan hidayah yang berterusan kerana sesungguhnya diri ini lemah dan sangat daif. Semoga diri ini juga tidak akan penat mencari redha dan keampunan Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Wallahu A'lam

Tuesday, July 6, 2010

Imtihan..



Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan melalui semester 2, kami semua sedang menghadapi
musim imtihan.

Subhanallah, bertindih-tindih jadual.

Yang telah selesai hanyalah peperiksaan Bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai Preparatory English 2. Alhamdulillah, dapat ana lalui walaupun agak terkejut dengan text yang diberi.

Ini membawa kepada topik yang ana ingin bincangkan. Sering sekali pelajaran yang dipelajari hanyalah untuk menjawab soalan-soalan imtihan. Di mana setelah habisnya imtihan tersebut, habislah ilmu itu. Ana juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang sangat dasyat ini.

Namun, adalah penting untuk kita sedar secepat mungkin bahawa, ilmu itu lebih daripada untuk menjawab soalan peperiksaan. Gunalah ilmu itu untuk kebaikan masyarakat dan agama.
Andai kata, kita dapat berkongsi ilmu dengan kawan-kawan, I'Allah ilmu itu lebih barakah sambil kita merapatkan ukhwwah.

Bagi mereka yang seperti ana, mengambil jurusan bukan agama, namun belajar di kolej atau universiti Islam, semestinya diwajibkan bagi pelajar-pelajar untuk mengambil subjek asas agama. Ambillah peluang ini, untuk mendalami isu-isu agama. Jangan ambil remeh, hanya kerana kita bukan dari jurusan agama.

Setiap manusia di dunia ini, diamanahkan Allah menjadi Khalifah iaitu tugasan mentadbir dan memakmurkan bumi. Lantas, bagaimanakah kita ingin memakmurkan bumi tanpa ilmu??

Semoga ini peringatan bagi diri ana yang daif lagi hina ini. Ambil ilmu sebagai suatu panduan bukan hanya sebagai suatu jalan menjawab peperiksaan.

Pada mereka, yang sedang melalui imtihan, semoga dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan-soalan. Dan semoga ilmu yang kita pelajari adalah ilmu yang barakah dan bermanfaat.

Wallahu 'Alam..

Sunday, June 27, 2010

CONFUSED!!

Bismillah...

Ya Allah, kau ampunilah kelalaian ku dan kealpaan ku..
Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.
Semoga nyawa yang Engkau pinjamkan kepada aku ini, tidak aku sia-siakan begitu saja......

Wallahu 'Alam.