BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 6, 2010

Imtihan..



Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan melalui semester 2, kami semua sedang menghadapi
musim imtihan.

Subhanallah, bertindih-tindih jadual.

Yang telah selesai hanyalah peperiksaan Bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai Preparatory English 2. Alhamdulillah, dapat ana lalui walaupun agak terkejut dengan text yang diberi.

Ini membawa kepada topik yang ana ingin bincangkan. Sering sekali pelajaran yang dipelajari hanyalah untuk menjawab soalan-soalan imtihan. Di mana setelah habisnya imtihan tersebut, habislah ilmu itu. Ana juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang sangat dasyat ini.

Namun, adalah penting untuk kita sedar secepat mungkin bahawa, ilmu itu lebih daripada untuk menjawab soalan peperiksaan. Gunalah ilmu itu untuk kebaikan masyarakat dan agama.
Andai kata, kita dapat berkongsi ilmu dengan kawan-kawan, I'Allah ilmu itu lebih barakah sambil kita merapatkan ukhwwah.

Bagi mereka yang seperti ana, mengambil jurusan bukan agama, namun belajar di kolej atau universiti Islam, semestinya diwajibkan bagi pelajar-pelajar untuk mengambil subjek asas agama. Ambillah peluang ini, untuk mendalami isu-isu agama. Jangan ambil remeh, hanya kerana kita bukan dari jurusan agama.

Setiap manusia di dunia ini, diamanahkan Allah menjadi Khalifah iaitu tugasan mentadbir dan memakmurkan bumi. Lantas, bagaimanakah kita ingin memakmurkan bumi tanpa ilmu??

Semoga ini peringatan bagi diri ana yang daif lagi hina ini. Ambil ilmu sebagai suatu panduan bukan hanya sebagai suatu jalan menjawab peperiksaan.

Pada mereka, yang sedang melalui imtihan, semoga dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan-soalan. Dan semoga ilmu yang kita pelajari adalah ilmu yang barakah dan bermanfaat.

Wallahu 'Alam..

0 comments: