BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Mubarak..

Bismillahirahmanirahim..

Sedar tak sedar sudah dekat lima hari umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa.. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita dengan bulan yang penuh barakah ini.. Marilah kita semua mengambil kesempatan untuk memperbaiki dan menjadikan diri kita lebih baik daripada dahulu. Inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan keampunan Illahi..

Post hari ini bukan sahaja untuk menyambut datangnya bulan Ramadhan Mubarak ini tetapi juga untuk meraikan dua adik sedara ana yang telah berjaya berpuasa penuh selama lima hari ini. Masyallah.. Semuanya dengan izin Allah S.W.T ..

Walaupun mulanya ia penuh dengan rungutan tetapi Alhamdulillah mereka dapat mnenahan hingga waktu berbuka..

Hari pertama Abdul Mateen boleh digambarkan begini : Pada pukul 12.30 petang

Abdul Mateen : I'm very hungry *dengan suara yang meleret-leret*

Ibunya : NO, you must try.

Abdul Mateen : But I'm very hunnngrryyy....

Ibunya : OK let's just see whether you can hang on a bit longer..

Abdul Mateen : ok..
------------------------------------------------------------------------------

DI rumah MOhd.Syafi pula kisahnya bermula pada pukul 11.30 pagi

Mohd.Syafi : Mama, Syafi dah lapar lah

Ibunya : Tahan lah.

Mohd.Syafi : Tapi Syafi tak leh tahan sangat ni. Dah lapar sangat..

Ibunya : OK kita cuba tahan sampai lepas Zohor. Kalau tak boleh tahan jugak nanti buka.
Sekarang pergi mandi dulu
Mohd.Syafi : ok lah..
---------------------------------------------------------------------------------------

Walaupun mereka merengek-rengek tetapi Alhamdulillah dapat juga tahan hingga ke waktu Maghrib.
Namun mereka dikejutkan dengan berita pakcik ana..

Pakcik : Nanti lepas makan kurma dengan minum air solat Maghrib dulu, lepas Isyak baru makan.

Dua-duanya : HUH!!!

Pakcik : Tak lah gurau jer.. hahahaha..

Keletah mereka amat comel dan mencuit hati.. Mengingatkan tentang peristiwa ana bila mula belajar berpuasa..

Insyallah ana akan post gambar sikit tak lama lagi..

Illaliqo' maasalamah..

Selamat berbuka..